Warisan Alam Semulajadi


Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Ianya juga satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun wujud lebih dari berjuta-juta tahun. Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesis pokok, 200 spesis mamalia, 600 spesis burung, 110 spesis ular, 80 spesis cucak dan beribu-ribu serangga. Herba yang sangat unik dan mempunyai 1001 khasiat merupakan khazanah yang tidak ternilai.

TIdak kira apa pun kaum, bangsa yang berada serata muka bumi ini mengakui akan kehebatan herba dalam memastikan kesihatan badan serta menyembuh pelbagai jenis penyakit.

Setiap satu herba mempunyai kelebihan masing-masing dalam memastikan kesihatan manusia terjamin. Banyak ubat-ubatan, pemakanan tambahan, produk-produk makanan serta penyembuh-penyembuh penyakit yang di pasaran datangnya dari herba.



Comments
0 Comments